gAdIs ChOcOlAtE


Terlalu mencintaimu membuatku terseksa.. :'( (bahagian 6)
04 March 2013. By Nur Adila .
Danish masih terkejut dan masih tertanya-tanya bagaiman perkara tersebut berlaku sedangkan dia tahu dia tidak akan melakukan perkara terkutuk itu.Danish masih tidak tahu yang Delaila sudah pun melihat dan mengetahui kejadian yang berlaku antara dia dan Dania.Danish menyembunyikan perkara itu dari Delaila kerana dia tidak mahu kejadian itu menyakiti hati dan perasaan Delaila,kekasihnya itu.Malangnya,perkara tesebut sudah pun diketahui oleh Delaila dan Delaila sendiri melihat kejadian itu dengan mata kepalanya sendiri.Oleh itu,Danish merancang lagi sekali untuk menyambut hari lahir dan ulang tahun mereka bersama walaupun sudah beberapa hari berlalu.Danish sudah menyiapkan segala persiapan lalu menelefon Delaila untuk mengajaknya....
'Delaila,saya nak jumpa awak malam ni dekat restoran kegemaran awk.'
'Maaf Danish..malam ni tak boleh kerana saya banyak kerja yang perlu disiapkan.Baik awak keluar dengan Dania.Lagipun Dania tak ada kerja yang perlu disiapkan.Sebentar lagi saya menyuruhnya pergi ke restoran itu ye.'
'Eh...Delaila saya mengajak awak untuk menyambut hari lahir awak dan hari ulang tahun kita bersama.kenapa awak nak saya keluar dengan Dania pulak?Hadiah awak pun saya tak bagi lagi.'
'mulai hari ini kita tak ada apa-apa hubungan.Mulai hari ini juga saya tak nak kenal dengan awak.Terima kasih atas hadiah yang awak bagi dekat saya..saya menghargainya.'
'Hadiah?putuskan hubungan?apa yang awak merepek ni Delaila?kenapa secara tiba-tiba?'
'ye...hadiah perselingkuhan awak dengan Dania.Hadiah yang tak akan saya lupakan dari awak dan Dania sempena hari lahir saya dan hari ulang tahun kita bersama.Mulai hari ini awak jangan menghubungi saya lagi dan jangan pernah berjumpa saya dan jangan menegur saya bila awak ternampak saya dekat mana-mana..Faham?'
Delaila terus meletakkan panggilan dan menangis.Dia berasa sedih setelah teringat kembali peristiwa yang berlaku antara Danish dan Dania.Dia tidak menyangka bahawa perhubungannya bersama Danish putus ditengah jalan.Delaila teresak-esak sehingga tangisannya didengari oleh Danial.Lantas Danial membuka pintu bilik Delaila dan menarik tangan Delaila dan membawanya masuk kedalam kereta milik Danial.Danial membawa Delaila kesebuah tempat yang tenang dan sunyi tanpa gangguan bunyi-bunyi kereta.Disana Danial membiarkan Delaila menagis sepuas-puasnya.Akhirnya tangisan Delaila berhenti.Suasana yang tadi bising dengan tangisan Delaila sudah pun kembali sunyi.Danial pun mengorak langkah dengan bertanyakan kejadian sebenar dan apa yang membuatkan Delaila menjadi seperti itu.Delaila menceritakan kesemuanya tanpa menyembunyikan sedikit pun dari Danial.Delaila berasa tenang dan lega setelah menceritakan segala yang berlaku.


-BERSAMBUNG-


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post