gAdIs ChOcOlAtE


Terlalu mencintaimu membuatku terseksa.. :'( (bahagian 3)
01 March 2013. By Nur Adila .
Setibanya di hospital,Delaila terus mendapatkan rawatan pada wajahnya.Alhamdulillah...syukur kerana wajahnya tidaklah teruk seperti yang dijangka.Hanya perlu .awak tahu masa 24 jam untuk kulit wajahnya kembali seperti dahulu.Alangkah gembiranya Delaila.
'Danial..!!!'teriak Delaila..
'Delaila,awak dah kenapa?menjerit-jerit.awak tahu tak ni hospital?'
Delaila berlari menuju kearah Danial lantas memeluk Danial.Danial terdiam seribu bahasa.dalam keadaan berpeluk Delaila berkata..
'Danial,awak tahu tak wajah saya akan kembali seperti sedia kala.Delaila happy sangat..'
Delaila...boleh awak lepaskan pelukkan awak ni tak?ramai orang tengok ni.
Delaila yang tidak sedar kelakuannya diperhatikan orang ramai lantas melepaskan pelukkannya.
'Danial..maafkan saya.Saya tidak sedar kerana terlalu happy.'
'Sokeylah Delaila.Apa kata doktor?'
'Doktor kate wajah saya akan kembali seperti biasa selepas 24 jam..'dengan wajah Delaila tersenyum Delaila menjawab.Senyumannya itu telah membuatkan jantung Danial berdegup laju seperti lari dari dikejar anjing.Dengan pantas Danial mengalihkan mukanya ke arah yang lain.
Delaila,jom balik.dah malam sangat ni.esok ada class'..
Dalam perjalanan pulang masing-masing mendiamkan diri.Mereka tidak mengeluarkan sepotong ayat pun.
Dalam suasana yang sunyi sepi didalam kereta,Delaila menyanyi secara perlahan-lahan agar tidak didengari oleh Danial.Tanpa disedari suaranya makin lama makin kuat menyanyikan lagu 'Disaat aku mencintaimu'yang dipopularkan oleh band Dadali.Delaila yang tidak mengetahui bahawa lagu itu juga menjadi lagu favourite Danial.Pada mulanya Delaila menyanyikan lagu itu seorang diri tiba-tiba Danial juga turut serta menyanyikan lagu itu.Delaila terdiam kerana suara Danial lebih sedap dari Dadali.
'wow...suara awak..'kata Delaila
'kenapa dengan suara saya?'tanya Danial.
'Suara awak lebih sedap dari Dadali ' boleh awak nyanyikan lagu itu dari awal sampai akhir tanpa iringan muzik?tanya Delaila.
'Awak betul nak dengar?'tanya Danial
Delaila hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa.
Danial mula menyanyikan lagu itu sebelum mereka sampai di rumah.Lagu itu menjadi peneman mereka sepanjang perjalanan itu.
Tanpa disedari,Delaila tertidur akibat kepenatan melakukan kerja-kerja rumah.Danial memberhentikan keretanya dan membuka sweaternya untuk diselimutkan keatas badan Delaila kerana Delaila nampak seperti kesejukkan.Danial meneruskan perjalanan dan akhirnya tiba dirumah.Danial mengejutkan Delaila,malangnya Delaila tidak sedar kerana begitu penat.Lantas Danial mendukung Delaila sehingga kedalam bilik Delaila.

-BERSAMBUNG-


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post