gAdIs ChOcOlAtE


Terlalu mencintaimu membuatku terseksa.. :'( (bahagian 5)
03 March 2013. By Nur Adila .
-SETAHUN BERLALU-

Danish menyatakan keinginnya untuk bertemu Delaila disalah sebuah hotel terkemuka untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran Delaila dan hari ulang mereka bersama.Perancangan tersebut diketahui oleh Dania.Delaila seperti bidadari yang turun dari kayangan.Delaila sungguh cantik pada malam itu.Delaila meminta kebenaran mak ciknya untuk ke hotel tersebut.Tanpa membuang masa mak ciknya memberi kebenaran.Perkara itu mengejutkan Delaila kerana buat pertama kalinya mak ciknya memberi kebenaran tanpa menyuruh melakukan apa-apa dan tanpa syarat.Delaila sungguh gembira.Sebelum Delaila berangakat,Mak cik Eranza telah memberikan Delaila sebentuk cincin berlian dan seutas rantai mutiara agar Delaila lebih kelihatan cantik.Delaila amat bersyukur kerana mak ciknya sudah mula menyayaginya.Tanpa disedari oleh Delaila,perbuatan baik mak ciknya itu hanyalah sekadar tipu helah untuk menyembunyikan perancangannya bersama anaknya Dania.Setibanya Delaila di hotel tersebut,Delaila menelefon Danish untuk bertanyakan keberadaannya.Malangnya Danish tidak menjawab panggilan Delaila.Delaila menunggu Danish di lobi hotel.Sedang Delaila menunggu,Delaila ternampak kelibat Dania bersama seorang lelaki yang seiras seperti Danish.Delaila hanya berpura-pura tidak melihat kejadiaan itu.Baginya,di dunia ini mempunyai ramai wajah yang sama.Delaila masih menunggu Danish di lobi.Tiba-tiba handphone Delaila berbunyi dan mendapat pesanan ringkas dari Danish.
'Sayang,awak ada dekat mana ni?lama saya tunggu.'tanya Danish melalui pesanan ringkasnya.
Delaila menjawab pesanan ringkas Danish itu.
'Saya tunggu awak dilobi hotel ni.awak ada dekat mana?'tanya Delaila.
'Saya ada dalam bilik 305.Datanglah.saya tunggu awak disini.'
Delaila bergegas kebilik tersebut tanpa berlengah masa.Delaila tidak tahu bahawa pesanan ringkas itu dihantar oleh Dania.Dania telah sampai ke hotel itu sebelum Delaila.Dania telah berjumpa Danish dan menyatakan hasratnya untuk menolong Danish menyediakan persiapan untuk mengadakan majlis itu.Danish hanya menyetujui.Dalam masa yang sama,Dania menjalankan rancangannya.Dania membuat air untuk Danish atas alasan untuk menghilangkan dahaga dan kepenatan.Danish hanya meminumnya untuk menjaga hati Dania.Selepas beberapa minit kemudian,Danish berasa sakit kepala dan pening.Danish tidak tahu bahawa airnya telah dicampur dengan 3 cawan air arak dan sedikit pil estacy untuk membuatkan Danish pening dan lalai.Tanpa disedari,Danish telah bertindak diluar kawalan dengan menyetubuhi Dania.Delaila yang baru tiba dihadapan pintu hotel hanya menekan loceng hotel.Malangnya tidak dibuka pintunya.Delaila mencuba membuka pintu.Pintu hotel dibuka.Delaila dengan gembira memanggil Danish.Delaila berpusing-pusing didalam bilik hotel itu.Tetapi kelibat Danish tidak kelihatan.Delaila meneruskan pencariannya didalam bilik-bilik yang tedapat didalam bilik 305 itu.Delaila menolak pintu terakhir yang terdapat dalam bilik itu.Alangkah terkejutnya dia melihat Danish dan Dania berada diatas katil.Danish dan Dania berselimut.Dania hanya melemparkan senyuman kepada Delaila dan melambai tangannya.Delaila terduduk terkejut.Dania datang menghampiri Delaila dan berbisik di telinga Delaila.'Danish,aku punya dan Danish telah menyetubuhi aku'.'Kalau aku mengandung,Danish wajib bertanggungjawab'.Dania melemparkan senyuman sinis ke muka Delaila dan menolak kepala Delaila sambil berkata 'bodoh punya perempuan..!! ada hati nak rampas hak aku.'.Delaila terus melarikan diri dari bilik itu dan terus pulang kerumah.Danial tidak mengetahui apa yang berlaku.Danial hanya membiarkan Delaila menenangkan dirinya.Pada keesokkan harinya,Delaila menjalankan tugasnya seperti biasa.Setelah selesai bersarapan Danial mengajak Delaila untuk menemaninya ke mall untuk membeli barang.Pada mulanya Delaila menolak,setelah memikirkan perkara yang berlaku semalam,Delaila memerlukan perkara yang dapat mengembirakan dia.Akhirnya Delaila menyetujui.Delaila menemani Danial.Danial mencuba untuk mengembirakan Delaila kerana dia tidak mahu melihat orang yang dia sayang terseksa dan bersedih.Di mall,Danial mengajak Delaila menonton wayang,bermain boling,bermain ais ski, dan makan bersama-sama.Delaila sungguh gembira.Sebelum pulang kerumah Danial membawa Delaila menaiki roller coaster.Delaila menjerit dengan kuat ketika menaiki roller coaster kerana takut dan untuk melepaskan geram.Danial gembira kerana melihat Delaila gembira dan tersenyum ketika bersamanya.


-BERSAMBUNG-


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post